About Cerita Niaga Online

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Blog Cerita Niaga Online. Blog ini dibuat untuk mambantu sesiapa sahaja yang ingin belajar membuat website secara mudah dan percuma.Langkah demi demi ditunjukkan dengan dibantu oleh video-video secara bersiri.

Juga ditunjukkan cara-cara hendak meng”upload” kan website anda ke tapak webhosting supaya boleh dipaparkan diinternet dan dilihat oleh semua orang di seluruh dunia. Semuanya menggunakan perisian yang telah sedia ada ditawarkan di internet secara PERCUMA.

Juga ditunjukkan cara untuk memperomosikan website anda supaya mudah dicari oleh engine carian seperti Google,Yahoo dan lain-lain.

Paling menarik ditunjukkan juga peluang-peluang  menjana pendapatan lumayan secara online dan ianya adalah berterusan sepanjang hayat.

 

Terdapat beberapa sebab mengapa ramai orang ingin memulakan perniagaan di internet. Diantaranya ialah;

Untuk memasarkan barangan sendiri dan mengembangkan perniagaan yang sedia ada.
1. Untuk mengiklankan perniagaan perkhidmatan yang mereka ada.
2. Untuk mengembangkan perniagaan – affiliate, MLM atau networking mereka.
3. Untuk mencari perniagaan baru bagi meningkatkan pendapatan mereka

Hakikatnya ramai diantaranya yang bukan sahaja gagal untuk mengembangkan perniagaan mereka, bukan sahaja mereka tidak berjaya menambahkan pendapatan sampingan, tetapi mereka kehabisan duit lebih banyak daripada apa yang masuk kedalam poket mereka. Hanya sedikit sahaja yang benar-benar berjaya menjana pendapatan dari internet ini.

Satu kajian terperinci mengenai orang-orang yang berjaya mengaut keuntungan dari internet ini mendapati, perniagaan mereka kebanyakkannya berjalan secara AutoPilot mod. Maknanya ia berjalan dengan sendirinya. Jika mereka terbabit dalam program networking atau MLM, perniagaan itu berkembang dengan sendirinya. Jika mereka terbabit dalam bidang penjualan barangan, semua urusan jual beli akan diuruskan oleh website mereka.

Mereka ini memiliki banyak masa terluang tetapi duit masih mengalir masuk seperti air mengalir kedalam rumah mereka. KESEMUA daripada mereka ini mempunyai beberapa kriteria hebat, tetapi terdapat beberapa kesamaan diantaranya.

Pertama: Mereka semua tahu bagaimana cara buat website mereka sendiri. Jika anda tahu cara buat website sendiri, maka dengan mudah anda boleh memasarkan apa jua perniagaan yang anda miliki. Bukan satu perniagaan, malah berbagai-bagai jenis perniagaan. Tidak perlu mengupah orang lain untuk buat website untuk anda. Malah anda akan jadi orang yang terawal dapat menyampaikan maklumat tersebut pada orang lain.

Kedua: Semua mereka yang berjaya ini tahu menggunakan Autoresponder.
Autoresponder adalah tempat untuk anda mengumpulkan pengikut (subscriber atau follower atau list) dan juga alat untuk menghantar email kepada pengikut anda. Jika anda berjaya menguasai ilmu membuat email berjadual ini (atau lebih dikenali sebagai email kempen) maka anda sudah berjaya menjadikan perniagaan anda secara Autopilot – bergerak sendiri dan hasilnya amat-amat memeranjatkan.

Ketiga: Semua mereka tahu membuat marketing di internet.
Marketing adalah alat untuk menyebarkan perniagaan kita, tanpa marketing ia tidak akan diketahui oleh orang lain. Inilah kriteria yang wajib dimiliki oleh seseorang yang ingin menjana pendapatan melalui internet. Tidak kira apa jua perniagaan yang mereka lakukan, samada MLM, Affiliate Program, menjual barang sendiri, memasarkan perkhidmatan sendiri, mereka tidak boleh lari dari perkara tersebut dan mesti menguasainya.

Jadi disini disediakan pelajaran kepada anda untuk menguasai bidang-bidang tersebut secara PERCUMA.

Semoga anda berjaya.

 

Zoolkiff Ahmad
019-9828862
zoolkiff@gmail.com
Follow me: Facebook , Twitter LinkedIn

Instagram

Zoolkiff Ahmad

Create your badge

 

INGIN BELAJAR MASUKAN NAMA DAN EMAIL ANDA DIBAWAH.PERCUMA SAHAJA.

Powered byEMF Survey
Powered byEMF Online Order Form